Monday, July 27, 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)

The Brotherhood of Islam Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Ruj: http://interaktif.mstar.com.my/Forums.aspx?forumid=3&threadid=152

Sunday, May 17, 2009

CAR AIRCON ALERT

Do Not Turn On A/C Immediately As Soon As You Enter The Car!
Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard, sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.
Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level & the people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxins. It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

Monday, May 11, 2009

ANCAMAN BAHAYA FLUORIDA


APA ITU FLUORIDA? Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA? Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI? Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."/“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:- Kematian- Kanser- Ruam Kulit - Luka Kanser- Kelunturan Warna Gigi- Masalah Gastrik- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang- Keracunan Saraf- Kanser Tulang- Keretakan Tulang- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak - Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA! Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:

SUMBER MAKLUMAT:Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaanwww.fluoridealert.org

Wednesday, May 6, 2009

CHANGING CONSUMER BEHAVIOR THROUGH CAMPAIGN

National Consumer Campaign is a 4 year campaign running from June 2008 to June 2012 isorganized by FOMCA and its organizations. It aims to promote behavioral change in the minds of consumers today. The theme of the campaign is:

"Change Begins With Me"

Together we believe:

We are the new era of consumerism..

We know what we want..

We dare to ask for what we want..

We work for what we want..

We belief in what we want..

"A smart consumer is a Hot Consumer..Are you smart enough?"

You’ll learn more about this in THE NEXT ... PUBLISH POST !

BERBELANJA SECARA BIJAK

Berbelanja secara bijak merupakan satu amalan yang harus ada dalam setiap diri pengguna. Pengguna perlu ingat akan kemampuan masing-masing dan perlulah bertindak sebagai pengguna yang bijak dalam pasaran. Berikut dinyatakan beberapa panduan mudah yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna tentang pentingnya untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

  • Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.
  • Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
  • Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.
  • Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.
  • Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
  • Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
  • Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.
  • Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
  • Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
  • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
  • Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.
  • Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.
  • Jangan terpengaruh dengan iklan.
  • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.
  • Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.

Tuesday, May 5, 2009

SERUNDING DAGING BABI


Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia , lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

  • Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram

  • Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)

  • Abon/dendeng sapi asli cap ACC

  • Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)

  • Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.


MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Sunday, May 3, 2009

BEKAS POLISTIRENA PUNCA BARAH ?



SEBAHAGIAN daripada bekas polistirena yang digunakan untuk membungkus makanan dan sebagai pinggan makanan.

ISU pencemaran alam sekitar seharusnya tidak boleh dipandang remeh oleh generasi pada hari ini kerana bumi yang didiami kita pada hari ini semakin tenat dengan longgokan sisa-sisa domestik, sampah sarap dan pelepasan gas hijau ke udara.

Bahan-bahan buangan yang sukat dilupuskan secara semulajadi seperti polistirena sepatutnya dikurangkan penggunaan atau tidak digunakan langsung. Selain ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk lupus, bahan itu juga dikatakan turut menjadi agen kanser.

Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD DAYNE AZMIN cuba mengupas isu ini dari pelbagai perspektif dari aspek alam sekitar dan kesihatan di samping cuba mencari alternatif menggantikan penggunaan bekas makanan polistirena ini.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.

Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadi.

Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.

‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.

‘‘Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Oleh itu, beliau mengharapkan penggunaan bekas polistirena ini diharamkan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara-negara maju.

‘‘Bukan sekadar kepada kesihatan malah turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk terurai,’’ jelasnya.

Penggunaan bekas polistirena cukup popular di negara ini kerana ia kelihatan bersih dan ringan serta mudah digunakan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mendedahkan bahawa bekas polistirena memberikan ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar ternyata memerlukan perhatian daripada banyak pihak.

Ini kerana bahan stirena yang terdapat dalam ppolistirena boleh menjadi agen penyebab kanser apabila ia meresap masuk ke dalam makanan.

Presiden Cpolistirena biasanya mengandungi sedikit sisa stirena kerana proses pembuatannya tidak 100 peratus berkesan.

‘‘Terdapat dua cara stirena ini boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

‘‘Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,’’ jelasnya di dalam satu kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya lagi, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser.

‘‘Kesan buruk stirena ini akan menyebabkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik.
‘‘Mutagen mungkin akan menyumbang risiko kanser dan merosakkan sistem pembiakan,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, pengeluaran polistirena juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

‘‘Di Britain, terdapat kajian mendapati bahawa polistirena dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena,’’ jelasnya.

Sehubungan itu, CAP berharap orang ramai dapat mengubah trend dengan membawa bekas sendiri semasa membeli makanan daripada penjaja.

‘‘Dengan amalan ini, ia dapat mengelakkan orang ramai daripada terdedah kepada bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam bekas makanan polistirena,’’ ujarnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_03.htm